Latihan Memandu Ilmu Baru

Hai , Assalamualaikum 😀..... Fuhh dah lama benor hakak tak updated blog .. rasa macam dah berhabuk and then ambik vacuum then mop *sambil nyanyi lagu aiman tino* ( apa yang aku mereben ni ) . 😅 Back to the main tittle , hakak nak cerita sikit sikit ka banyak taktau lagi ... bercerita tentang hari hari yang ditempuhi di Ilmu Baru ... korang semua dah ambik lesen belum ? hakak baru lulus je lambat kan ? haih....

First Time di Ilmu Baru

At first hakak pergi Ilmu Baru Alor Setar yang kat belakang Sime Tyres tu nervous la jugak .... hakak pergi awal pagi dalam pukul 8 so that tak ramai orang sangat ... bila dah sampai kena bagi lesen and Ic dulu kat kaunter ( sapa yang lupa tu boleh balik pi ambik kalau dak takleh ambik test la jawapnya ) lepastu akak kaunter tu suruh duduk jap tunngu jap lagi dia panggil .. hakak tunggu tak lama sangat sebab orang tak ramai ime tu tak sampai 5 orang lagi yaa lah awal lagi kan .. lepas kena panggil tu hakak pergi lah kaunter then akak kaunter suruh cop jari .. lepas cop jari ada cikgu memamndu akan panggil nama kita .. lepastu cikgu bawak kita pergi kat kereta text ( Axia ) . Frst trial cikgu hakak nak bagi terer pusing strereng dulu sebab hakak pegang tak kena caranya .. lepas dah banyak kali tu cikgu suruh masuk test dalam litar pulak .. yang paling hakak takut time tu naik bukit .. pergghh gerun , ketaq habiss ... banyak kali try then dah ada keberanian tu sikit .. adik adik yang kat luar sana jangan tekanan kalau dapat cikgu yang suka *pot pet pot pet* buat tak heran ja anggaplah diorang dah semulajadi macam tu .. lepas dah habis semua boleh balik actually tak lama pon latihan ... total semua 10 jam tu adik buat dalam masa tiga hari okay bukan satu hari tu 10 jam terus tak balik la hengkau tidur situ LOL . Lepas dah habis 10 jam adik boleh pergi office set date untuk JPJ . Jangan senang senang nak cancel pulak date tu and kalau ada kekosongan tarikh just pergi jangan lambat lambatkan ... kalau tarikh dah full tu boleh set untuk next week and mungkin ada hikmah untuk adik buat latihan di rumah ...


JPJ - AHAD ( 26/3/2017 )

Untuk pengetahuan adik adik , JPJ kat Ilmu Baru setiap hari ahad je sebab tu la hakak cakap jangan lambat lambatkan rugi... Time JPJ tu hakak tak berapa sihat sebab kemaren demam .. kemaren tu jugak ada kenduri kesyukuran result SPM hakak dengan sepupu hakak dari Kajang .. diorang balik sini and bagi surprise cake .. sayangnya hakak tak dapat makan cake tu and tak dapat sambut dengan adik beradik lain yang datang rumah time tu .. anyway , back to JPJ . hakak nervous gila ... actually time set date haritu kat office , akak kerani cakap , hakak kena ada kat pondok JPJ pkul 7:50 pagi ha awal kan ? kawan hakak pukul 8 pagi tapi hakak sampai sana sama dengan dia hahahahahaha . Dah sampai kat pondok JPJ kami pergi tengok nama kami kat dashboard , kat situ diorang dah tetapkan nombor turutan and warna kad yang akan dipakai oleh kita time test nanti .. Then ada pegawai yang bagi taklimat kat kita dulu time pagi tu , ramai jugakla , actually lama jugak kami tunggu and nak dekat 8:30 baru pegawai bagi taklimat .. lepas habis tu diorang suruh kita daftarkan diri dengn bagi lesen and kad IC . Jeng Jeng Jeng .... turn hakak dah sampai tinggal kawan hakak sebab dia ambik kereta auto hakak ambil manual so cepatlah sikit turn .. First , korang kena pergi buat RPK secara beramai depan pegawai JPJ yang mukanya sentiasa serius .. hakak ingatkan adik adik pastikakn suara deras atau kuat kalau tak pegawai suruh ulang balik eventhough korang dah sekerat jalan or dah nak habis sebab dia tak dengar suara korang ... kalau suara kuat , maybe dia baik hati suruh korang buat enjin je so selamat lah korang .. tapi bergantung pada sesetengah pegawal lah tak semua macam tu ...lepas hanis pegawai tu suruh pergi pondok RSM then lepas habis RSM boleh pergi buat litar terus ... Alhamdulillah , bukit hakak lepas tapi sayangnya side parking hakak terbabas ... kecewa and sedih hakak kena turun dari kereta time tu jugak .. hakak nasihata adik adik breakfast dulu pagi pagi tu ye sebab hakak tak makan apa langsung thats why jadi macam tu plus demam pulak .. then next level is pergi test kat jalan raya pulak . Adik adik jangan ingat failed dalam litar terus kena balik macam tu je .. eh takkk... adi adik masih ada peluang untuk lakukan yang terbaik time test kat jalan raya pulak .. time kat jalan raya , lepas masuk kereta terus buat RSM sekali lagi jangan tanya pegawai kat sebelah nak buat lagi ke tak memang tak jawaplah dia ... and sebelum masuk kereta jangan lupa bagi salam .. make sure ada adab nanti panas pulak hati dia tak pasal pasal markah korang kena potong ( ikut suka dia lah nk potong hahahahahahha ) . Kesimpulannya , hakak lulus jalan raya Alhamdulillah ... sebelum balik hakak pergi set tarikh unuk ulangan dalam litar pulak ( RM84.20 ) . Kalau ulangan jalan raya ( RM126.00 ) tak ingatlah ada sen ke tidak sebab kawan hakak kena ulangan jalan raya sebab tak bagi signal je alah come on lah ...


JPJ - AHAD ( 2/4/2017)

Kali ni hakak bersemangat kuatkan minda dengan breakfast untuk digunakan dalam litar jap lagi .. kali ni hakak datang lewat sikit sebab dah tau taktik diorang sebenarnya start program pukul berapa ... lepas habis semua macam haritu hakak kena panggil but RPK dan RSM sekali lagi . AND tibalah turn hakak untuk masuk litar .. hakak baca jampi serapah macam macam LOL .. Alhamdulillah lulus . Kalau korang nak tahu setiap warna kad tu ada kategori tertentu such as warna merah and kuning for new trial or for orang yang kena ulangan bagi dalam litar dan jalan raya .. bagi warna biru tua pulak untuk lori , biru muda untuk ulangan dalam litar macam hakak and warna pink bagi ulangan jalan raya . Ahamdulillah hakak dan kawan hakak lulus and masing masing lega fuhhhhh..... hari khamis kitorang dah boleh pergi suka menanti buat lesen . Hakak pon dah beli logo P , ada jual kat Ilmu Baru satu set ( depan belakang ) RM5 je .... Alhamdulillah semua selesai ..
p/s actualy ramai jugak kawan kitorang yang firt met haritu kena buat ulangan LOL .
bagi yang baru nak ambik tu goodluck sebab litar pusingan S diorang dah tukar yang baru or erti kata lain lebih sempit and nasib hakak kena masuk pusingan S yang baru tu sedangkan selama ni hakak belajar pusingan S yang lebih besar daripada tu . Anyway thank you pada orang yang sudi baca panjang panjang ni mengarut betul kan ... See you guys in my next posted daaaa ! 💕

Comments

  1. hi saya nak tanya tentang lorong 3 yang JPJ uji akak masih ingat x??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, kak masih ingat lagi 3 jalan ujian tu? Kalau ingat, bantula saya kak🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah star..msuk tmn rakyat..kona ke skolah star uturn..pstu balik skolah

      Delete
  3. Jalan pertama dan kedua di mana ya

    ReplyDelete
  4. Hai, kalau saya tidak dapat hadir test JPJ, saya dah dianggap gagal dan masuk kategori ulangan ka?

    ReplyDelete
  5. Sorry.. saya nak tanya.. sekarang saya ade kat KL SELANGOR.. So sini ade latihan memandu tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Top 4 Bundle in Alor Setar, Kedah

NOVELAH - APLIKASI YANG MENGUNTUNGKAN (DUIT)

Biodata Asyalliee a.k.a Syasya Solero